1,283 pengguna tebus pakej My30 Plus 30

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 18 January 2021
Read News

KUALA LUMPUR :

 

Seramai 1,283 pengguna pakej 'My30 Plus30 - Beli 1, Percuma 1’ bagi pembelian pas perjalanan tanpa had My30, berjaya melunaskan penebusan masing-masing pada hari Sabtu.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini berkata pengguna boleh membuat penebusan pakej pas perjalanan itu di Stesen LRT KL Sentral dan Hab Bas Rapid KL Pasar Seni.

"Penebusan boleh melakukannya di kiosk sayap timur di stesen LRT KL Sentral yang dibuka setiap hari sehingga pukul 10.30 malam, manakala di Hab Bas Pasar Seni dibuka sehingga 7 malam dan tutup pada Ahad serta hari cuti am," demikian menurut kenyataan itu.

Pakej khas itu adalah antara inisiatif diumumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pada 23 Nov lepas sebagai pelan pemulihan pelancongan domestik, diterajui oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).

Tawaran istimewa itu berlangsung bermula 21 Dis tahun lepas hingga 31 Mac depan dengan tempoh penebusan bermula semalam dan tamat pada 31 Mac 2021 atau selepas pas percuma ke 8,333 dilunaskan.

Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Rapid KL di www.myrapid.com.my


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.