Amani Vanila Temerloh produk pelancongan baharu Pahang

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 15 April 2021
Read News

PAHANG:

Amani Vanila Temerloh (AVT) yang menjadi pelopor industri vanila negara kini melangkah setapak lagi apabila diangkat menjadi produk baharu pelancongan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, keunikan dan tarikan AVT membuatkannya amat berpotensi untuk menjadi satu tarikan baharu pelancong dalam dan luar negara.

“AVT menjadi pelopor dan pengeluar utama industri vanila di Malaysia dan produk baharu pelancongan berasaskan makanan dikenali emas hijau yang popular di seluruh dunia.

“Industri vanila yang dipelopori AVT berjaya menarik perhatian bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi rakyat asing untuk datang melihat tumbuhan itu sambil menikmati produk hiliran tanaman komersial tersebut,” katanya pada majlis perasmian Farm Nursery dan Cafe Amani Vanilla Temerloh di Kafe Amani Vanilla Temerloh.

Hadir sama Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Datuk Ishak Mokhtar dan pengusaha AVT, Mohamad Feisal Mohamed Norawi.

Menurut Mohd. Sharkar, walaupun baharu, AVT dilihat terus mendapat sambutan yang baik daripada rakyat negara ini.

Bahkan, katanya, AVT juga dilihat berjaya menghasilkan aiskrim vanila menggunakan vanila asli seterusnya mendapat permintaan yang tinggi.

“Walaupun kuantiti pengeluaran masih kecil tetapi kemampuannya meletakkan industri vanila sebagai ‘produk emas` terbaharu untuk diusahakan secara komersial sangat mengagumkan,” katanya.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.