Bantuan pemerkasa diperluas kepada syarikat berlesen MM2H

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 27 July 2021
Read News

KUALA LUMPUR :

Kerajaan bersetuju memperluaskan Geran Bantuan Khas secara sekali beri sebanyak RM3,000 kepada setiap 697 syarikat berlesen di bawah Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi meringankan beban syarikat terbabit yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini berkata, syarikat-syarikat MM2H yang mempunyai lesen Pengendalian Pelancong Dalam Negeri di bawah kementerian itu adalah dipelawa memohon melalui laman sesawang rasmi http://www.motac.gov.my/pemerkasamotac2021_mm2h atau pejabat MOTAC negeri masing-masing sebelum tarikh tutup pada 31 Ogos ini.

MOTAC berkata, bantuan tersebut juga layak diterima syarikat pengendali pelancongan MM2H yang mempunyai kompaun tertunggak di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) atau Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 (Akta 594).

Syarat kelayakan lain boleh dirujuk di laman sesawang rasmi MOTAC.

MOTAC berkata, bantuan kewangan RM3,000 untuk syarikat MM2H itu adalah di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) dan merupakan antara inisiatif yang digerakkan kementerian itu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lepas mengumumkan Geran Bantuan Khas secara sekali beri sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC.

MOTAC sebelum ini dilaporkan telah menyiapkan laporan penuh kajian semula pelaksanaan MM2H untuk dibentangkan kepada Kabinet bagi membolehkan program itu dibuka semula.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.