Kerajaan perlu mempercepatkan pemberian vaksin di Sabah

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 21 July 2021
Read News

SABAH:

Kerajaan pusat perlu mempercepatkan pemberian bekalan vaksin COVID-19 di Sabah, selain perlu lebih telus berhubung perkara itu.

Demikian gesaan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin yang melihat situasi masih ramai rakyat di negeri itu belum menerima janji temu vaksin.

"Sabah menjadi satu-satunya negeri yang jauh ketinggalan dalam pemberian vaksin COVID-19 berbanding negeri lain.

"Sehingga 17 Julai 2021, pencapaian pemberian dos vaksin bagi negeri Sabah hanya 13.0 peratus yang melibatkan 358, 592 orang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ujar beliau, untuk mencapai 40 peratus daripada populasi yang layak divaksinasi, maka bekalan vaksin ke negeri berkenaan bagi Julai sehingga pertengahan Ogos mesti mencapai 1,489,536 dos.

Tambah Jafry lagi, hanya menerusi proses vaksinasi sahaja yang mampu mempercepatkan pemulihan ekonomi di Sabah.
Malah, kebergantungan ekonomi negeri itu terhadap sektor pelancongan juga tinggi. Justeru jumlah populasi yang selesai divaksin mesti mencapai kadar 60 peratus bagi membuka semula sektor tersebut.

"Sekiranya imuniti berkelompok mampu dicapai menjelang oktober depan, pastinya pelancongan domestik boleh membangun semula dengan pantas diikuti pembukaan sempadan negara sekali gus menerima kedatangan pelancong antarabangsa," jelasnya.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.