Kerugian sektor pelancongan mencecah AS$320 bilion untuk tempoh lima bulan pertama tahun 2020

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 30 July 2020
Read News

KUALA LUMPUR :

 Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWTO) mengumumkan, kerugian sektor pelancongan mencecah AS$320 bilion untuk tempoh lima bulan pertama tahun 2020, berikutan penurunan jumlah pelancong antarabangsa sebanyak 56 peratus disebabkan COVID-19.

Jumlah kehilangan pendapatan pada Januari-Mei lebih tiga kali ganda kerugian semasa krisis ekonomi global 2009, kata agensi bernaung di bawah PBB itu pada Selasa.

"Barometer Pelancongan Dunia UNWTO menunjukkan sekatan pergerakan akibat wabak itu menyebabkan penurunan 98 peratus jumlah pelancong antarabangsa pada Mei jika dibandingkan dengan 2019," tambahnya.

Setiausaha agung pertubuhan itu Zurab Pololikashvil berkata "data terbaru ini menjelaskan betapa pentingnya memulakan semula pelancongan sebaik sahaja keadaan selamat untuk melakukannya."

Kerugian itu memberi risiko terhadap jutaan orang di seluruh dunia yang bergantung kepada pelancongan sebagai mata pencarian dan semua kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi pekerjaan dan syarikat, katanya.

Sejak pertama kali dikesan di China pada Disember lalu, COVID-19 sudah menular ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah. Amerika Syarikat (AS), Brazil, India dan Rusia kini merupakan negara paling teruk diancam.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.