Layang-layang Naga Terbesar Dunia Diperkenal di Festival Layang-layang Antarabangsa Weifang ke-38

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 1 week ago on 27 April 2021
Read News

CHINA:

Menerusi penampilan sulung layang-layang naga 280 meter panjang yang terbesar di dunia di Padang Terbang Layang-layang Antarabangsa Binhai Weifang, Festival Layang-layang Antarabangsa Weifang ke-38 dimulakan pada 17 April di Weifang, Wilayah Shandong, timur China, dianjurkan oleh International Kite Federation dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Weifang.

Seramai lima ratus ahli profesional dan 118 pasukan menerbangkan lebih 1,600 layang-layang di Weifang yang digelar sebagai Ibu Kota Layang-layang Dunia.

Mereka bekerjasama untuk menerbangkan 1,628 layang-layang yang mewakili 31 wilayah Cina, perbandaran, kawasan autonomi dan Wilayah Pentadbiran Khas Macau dalam pertandingan dan persembahan tersebut. Lebih 200,000 orang menghadiri upacara perasmian persembahan menerbangkan layang-layang pada 17 April.

Peserta-peserta asing tidak dapat menghadiri acara di lapangan tahun ini ekoran pandemik COVID-19; namun demikian, mereka masih boleh menikmati persembahan dan pertandingan secara maya.

Pihak penganjur menghantar jemputan dalam talian ke 140 negara dan wilayah terutamanya kawasan-kawasan dari negara-negara Jalur dan Jalan serta mempersembahkan video di upacara perasmian.

"Festival Layang-layang Weifang menonjolkan Weifang ke dunia luar yang membantu Weifang benar-benar berintegrasi dengan dunia. Weifang mengalu-alukan rakan-rakan dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam Festival Layang-layang ini," kata Tian Qingying, Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Weifang Parti Komunis China, di upacara perasmian pada 16 April.

Dengan ukuran 4.2 meter tinggi, 3.6 meter lebar dan 280 meter panjang, layang-layang naga 76-keping ini merupakan layang-layang terbesar di dunia, menurut Zhang Jianwei, pengarah pusat perkhidmatan festival, menambah bahawa seramai 26 tukang seni meluangkan masa selama 48 hari untuk membuat layang-layang naga yang terbesar di dunia ini. Layang-layang terpanjang di dunia, berukuran 7,700 meter panjang turut diperkenalkan buat julung kalinya dalam festival tersebut dan terbang ke udara selama enam jam.

Festival Layang-layang Weifang telah menghubungkan Weifang dengan dunia dan menyampaikan pesanan bahawa penduduk Weifang cintakan kedamaian dan bersedia untuk mengamalkan konsep keamanan, kata Liu Beijian, naib presiden International Kite Federation.

Aktiviti-aktiviti kebudayaan tambahan bakal diadakan selepas berlangsungnya festival tersebut termasuk Kejohanan Jemputan Seni Mempertahankan Diri Antarabangsa, Pertandingan Seni Mempertahankan Diri Terbuka Antarabangsa dan Pertandingan DanceSport Antarabangsa.

Terdapat hampir 300 perusahaan layang-layang di Weifang termasuk 39 perusahaan eksport dengan 80,000 orang terlibat dalam industri ini. Layang-layang dieksport ke lebih 50 negara dan wilayah yang mana masing-masing menyumbang sebanyak 85% bahagian pasaran domestik dan 75% bahagian pasaran antarabangsa.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.