Manfaatkan laman sesawang khas Tourism Malaysia - Nancy Shukri

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 23 September 2020
Read News

KUALA LUMPUR :

Penggiat industri pelancongan dan kebudayaan dalam negara disaran memanfaatkan sepenuhnya pengunaan laman sesawang khas Tourism Malaysia untuk mempromosi tawaran dan pakej pelancongan tempatan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri berkata sejak diperkenalkan Jun lepas, sejumlah 103 tawaran dan 107 pakej menarik pelancongan domestik dipromosi melalui laman sesawang www.malaysia.travel itu.

"Saya harap penggiat industri pelancongan dan kebudayaan mengambil peluang dan manfaatkan laman sesawang ini sebagai platform merancakkan lagi sektor pelancongan domestik," katanya berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Standard Pelancongan ASEAN Peringkat Kebangsaan Tahun 2020–2022 di sini.

Terdahulu, MOTAC memberi pengiktirafan kepada 42 pengusaha industri pelancongan yang memenuhi syarat standard Asean bagi tahun 2020-2022.

Dalam pada itu, Nancy turut berharap semua penerima terus mengamalkan Standard Pelancongan ASEAN setiap masa sebagai nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan sedia ada.

"Saya yakin dan percaya, faktor penarikan pelancong pada masa ini lebih menitikberatkan soal kualiti produk atau perkhidmatan, oleh itu pengusaha industri perlu mengukuhkan lagi ‘delivery services’ dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman," katanya.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.