MTC Berusaha Kearah Pendigitalan Industri Pelancongan Negara

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 29 May 2021
Read News

KUALA LUMPUR :

 

Majlis Pelancongan Malaysia menjalinkan kerjasama strategik bersama Trainex Sdn Berhad, bagi menjalankan inisiatif menguruskan program pendigitalan industri pelancongan secara lebih bersepadu sekali gus memberikan impak yang positif kearah sektor pelancongan negara.

Pengarah Urusan Trainex Sdn Bhd,Dato’ Rosmadi Ghazali berkata menerusi program yang akan menggunakan format diatas talian bakal melibatkan setiap sektor atau bidang pelancongan khususnya agensi pelancongan, perhotelan,pengangkutan pelancongan,Homestay, Kapal persiaran,Adventure, Seni Budaya, Kraftangan, MICE dan lain lain lagi.

“Selain mengguna kaedah terkini dalam bidang teknologi AI, Augmented Reality, IoT, Data Analytic, Big Data dan banyak lagi, program strategik ini akan dilaksanakan secara mesra pengguna khususnya bagi semua golongan yang tinggal di kawasan kampung atau homestay untuk mempraktikkannya.,” kata beliau.

Usaha ini adalah satu anjakan paradigma baru dalam pengurusan pelancongan sekaligus mempercepatkan lagi proses transformasi pembangunan pelancongan digital negara.

Sementara itu menurut Uzaidi Udanis, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia berkata bagi memastikan sektor pelancongan terus relevan dalam menyumbang kepada pendapatan ekonomi negara, beberapa tindakan segera perlu dilaksanakan tanpa mengabaikan soal keselamatan dan pandemik Covid 19 tetap terkawal.

“Untuk peringkat permulaan, Majlis Pelancongan Malaysia sentiasa proaktif dalam mencari pendekatan yang terbaik bagi memastikan nasib pengusaha atau penggiat industri pelancongan terus terbela dan sektor pelanconga ini terus relevan. Justeru dengan adanya jalinan kerjasama ini adalah diharapkan semua penggiat industri pelancongan akan mendapat manfaat daripadanya,” kata Uzaidi Udanis.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.