MTC menyambut baik langkah kerajaan memberi kelonggaran perjalanan rentas negeri

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 22 November 2020
Read News

KUALA LUMPUR :

Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) menyambut baik langkah kerajaan memberi kelonggaran untuk perjalanan rentas negeri dan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi beberapa negeri.

Sebanyak RM45 billion kerugian dialami oleh pengiat industri pelancongan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini,kebenaran untuk aktiviti pelancongan secara gelembung perjalanan (travel bubble) juga dilihat sebagai satu usaha untuk menghidupkan semula sektor pelancongan negara yang terjejas teruk akibat pendemik Covid-19.

Presiden Majlis Pelancongan Malaysia,Uzaidi Udanis berkata bantuan kepada sektor pelancongan perlu disalurkan untuk memastikan sektor pelancongan terus berdaya saing.

“ Saya berharap pihak kerajaan dapat menyalurkan bantuan segera khususnya peruntukan menerusi Pelan Pemulihan Pelancongan yang sedia ada untuk tahun ini bagi membantu sektor pelancongan sementara menanti peruntukan sebanyak RM200juta menerusi belanjawan 2021,” kata Uzaidi Udanis.

Majlis Pelancongan Malaysia yakin bahawa menerusi Pelan ini diharapkan dapat menggalakkan lagi perbelanjaan domestik dan dengan sendirinya meningkatkan ekonomi setempat. 

Pelan tersebut merangkumi baucar penginapan, diskaun destinasi pelancongan, diskaun percutian keluarga, penyemarakan seni budaya, kempen 'Meet in Malaysia', diskaun pakej petugas barisan hadapan, potongan diskaun beli-belah dan diskaun pengangkutan.

Bagi menyokong kerajaan dalam melaksanakan pelan pemulihan pelancongan ini, pihak Majlis Pelancongan Malaysia bersedia untuk berkerjasama dengan pihak Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya dalam memastikan semua penggiat industri pelancongan yang terjejas sama-sama mendapat manfaat daripada pelan tersebut.

Agensi-agensi pelancongan juga diminta untuk mengambil peluang ini untuk memasarkan pakej-pakej pelancongan domestik secara kreatif untuk menarik minat masyarakat untuk melancong di dalam negara dan menjayakan kempen Cuti-cuti Malaysia.

Majlis Pelancongan Malaysia juga berharap satu mekanisma atau garis panduan aktiviti pelancongan dapat diumumkan pada kadar segera bagi memastikan tidak timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat untuk melakukan aktiviti pelancongan dalam situasi sekarang.

 


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.