OPPO berkerjasama dengan Tourism Malaysia untuk melancarkan Pertandingan Fotografi Be A RENOgrapher

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 20 November 2020
Read News

KUALA LUMPUR :

OPPO berkerjasama dengan Tourism Malaysia untuk melancarkan Pertandingan Fotografi ‘Be A RENOgrapher’ yang bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menerokai kepelbagaian budaya dan keindahan Malaysia menerusi lensa kamera telefon pintar sekali gus memupuk minat fotografi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke atas melibatkan pengguna OPPO dan bukan OPPO, bermula dari 18 November 2020 hingga 20 Disember 2020.

Sepanjang tempoh peraduan, OPPO juga akan menganjurkan bengkel fotografi secara mingguan menerusi Facebook Live, yang akan dikendalikan oleh juri-juri peraduan ini. Bengkel fotografi ini akan membincangkan setiap kategori peraduan termasuk demonstrasi dan petua yang akan dikongsikan oleh para juri yang berpengalaman.

Menerusi kolaborasi ini, Tourism Malaysia berharap penyertaan foto-foto destinasi dan tarikan di Malaysia yang diabadikan secara digital dapat mendorong dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong secara domestik dengan selamat di samping mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Dalam mengharungi pandemik ini, kami percaya pelancongan domestik boleh menjadi penyelamat bagi industri pelancongan negara. Buat pertama kalinya pada tahun 2019, Malaysia telah mencatatkan perbelanjaan pelancongan domestik yang lebih tinggi berbanding pelancongan inbound, sebanyak RM92.6 bilion atau 50.9% daripada penggunaan pelancongan internal. Tourism Malaysia berharap Malaysia dapat kembali sebagai destinasi pilihan yang
selamat buat semua para pelancong,” kata Encik Zulkifly Md Said, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Peraduan ini terbahagi kepada empat kategori yang berbeza: Clearly Your Best Night, Clearly Your Best Portrait, Clearly Your Best Creativity dan Clearly Your Best Landscape.

Sepanjang tempoh peraduan, satu peserta dari setiap kumpulan dengan foto terbaik akan dipilih sebagai pemenang mingguan.

Pada 23 Disember 2020, 15 pemenang saguhati, 10 pemenang hadiah cemerlang dan empat pemenang kategori dari Kumpulan OPPO serta 12 pemenang saguhati, lapan pemenang hadiah cemerlang dan empat pemenang kategori dari Kumpulan Bukan OPPO akan diumumkan di https://oppomy.com/BeRENOgrapher.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila layari https://oppomy.com/BeRENOgrapher.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.