Perak akan umum inisiatif pakej pelancongan selepas PKPB tamat

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 19 November 2020
Read News

PERAK:

Kerajaan Negeri Perak akan mengumumkan beberapa inisiatif pakej pelancongan termasuk diskaun destinasi pelancongan untuk pelancong yang datang ke negeri itu dalam usaha merancakkan kembali ekonomi dalam sektor pelancongan domestik.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata pihaknya akan memperincikan butiran mengenai perkara itu sebaik sahaja pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan.

"Kita telah merancang apabila PKPB ditamatkan dan kita kembali kepada PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) kita akan mengumumkan beberapa pakej pelancongan antaranya diskaun sehingga RM150 bagi setiap pakej pelancongan yang akan dijual bersama rangkaian agensi pelancongan," katanya.

Nolee Ashilin juga berkata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan mengumumkan beberapa inisiatif esok untuk membantu penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terkesan akibat COVID-19.

"Ini kerana kita melihat akibat daripada (pelaksanaan) PKPB, banyak aktiviti perniagaan khususnya penjaja dan peniaga kecil telah terjejas disebabkan pelancong tidak datang ke negeri ini berikutan pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan,” katanya.

 


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.