FIABCI Malaysia Chapter berharap kerajaan Persekutuan menyambung semula program MM2H

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 9 July 2020
Read News

GEORGE TOWN:

Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) Malaysia Chapter berharap kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan untuk menyambung semula program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dan mula menerima permohonan daripada ekspatriat sekali lagi.

Presiden FIABCI Malaysia Michael Geh berkata program MM2H memainkan peranan penting dalam ekonomi negara, termasuk hartanah dan pembangunan, pelancongan dan perniagaan lain.

“Saya amat memahami kebimbangan kerajaan Persekutuan yang mahu mengkaji semula program MM2H, terutamanya berikutan pandemik global (COVID-19), tetapi menangguhkan program itu selama enam bulan boleh membawa impak yang buruk kepada ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata tempoh enam bulan boleh menjadi peluang untuk memulihkan ekonomi negara, terutamanya dalam pasaran hartanah dan perniagaan.

Bagaimanapun, beliau turut mengingatkan bahawa ia boleh menjadi lebih sukar kepada Malaysia untuk memulihkan imejnya di luar negara jika program MM2H tidak dibuka semula.

“Ekspatriat akan berfikir bahawa kita memberi mereka layanan yang “dingin” dan mula hilang minat untuk berpindah ke negara kita, terutamanya berikutan kadar permohonan MM2H yang ditolak tinggi (antara September dan November tahun lepas).

“Kita juga akan kehilangan persaingan antara negara-negara jiran kita seperti Singapura dan Thailand kerana jika Malaysia tidak mengalu-alukan mereka (ekspatriat), kemungkinan besar mereka akan berpindah ke salah satu negara tersebut,” katanya.

Program MM2H adalah inisiatif kerajaan Persekutuan untuk membenarkan warga asing yang memenuhi kriteria tertentu untuk tinggal di Malaysia dengan pas lawatan sosial yang boleh diperbaharui selama 10 tahun dengan visa kemasukan berganda.

Pada 2 Julai, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri mengumumkan program MM2H dibekukan untuk sementara waktu hingga akhir tahun untuk kajian semula dan penambahbaikan.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.