Homestay Malaysia Negeri Pulau Pinang menjana sebanyak RM64,507

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 17 October 2020
Read News

SEBERANG JAYA :

Bagi tempoh Januari hingga September 2020,Peserta Pengalaman Homestay Malaysia Negeri Pulau Pinang telah menjana sebanyak RM64,507.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Yeoh Soon Hin  berkata objektif utama pelaksanaan Program Pengalaman Homestay Malaysia adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat kampung dan pelancong.

"Bagi masyarakat kampung ,perkongsian pengalaman bersama pelancong menggalakkkan penyertaan penduduk luar bandar di dalam industri pelancongan dan dapat meningkatkan pendapatan serta taraf hidup masyarakat kampung dan seterusnya melahirkan golongan usahawan pelancongan di kalangan masyarakat kampung",katanya berucap dalam Majlis Perasmian dan Penyampaian Sijil Pendaftaran Baru  Homestay Negeri Pulau Pinang.

Terdahulu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Pulau Pinang memberi pengiktirafan kepada 4227 pengusaha industri pelancongan homestay yang memnuhi syarat.

Dalam Pada itu, Yeoh turut berkata homestay yang berdafar di bawah program ini tidak terhadap kepada perkhidmatan lojing sahaja tetapi turut mengambil kira aktiviti-aktiviti pelancongan berasaskan komuniti seperti sukan rakyat,acara kebudayaan,rewang dang sebagainya.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.