Indonesia tangguh naikkan bayaran masuk ke Kuil Borobudur

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 weeks ago on 9 June 2022
Read News

INDONESIA:

 Kerajaan Indonesia menangguhkan rancangan untuk menaikkan bayaran masuk ke Kuil Borobudur yang diumumkan sebelum ini, kata Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo.

Beliau berkata, pihak berkenaan akan membincangkan secara menyeluruh beberapa langkah dalam menguruskan pelancong yang ingin mendaki ke kuil, termasuk menaikkan harga tiket, dan mengehadkan kuota pelancong.

Ganjar berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan.

Luhut berkata cadangan untuk menaikkan harga tiket adalah sebahagian usaha untuk memulihara kuil yang rosak akibat vandalisme serta memastikannya bersih dan bebas sampah.

Bayaran masuk akan dinaikkan kepada AS$100 (RM439) untuk pelancong asing dan AS$71 (RM312) pelancong tempatan.

Pada masa ini, bayaran masuk ke kompleks Borobudur, Tapak Warisan Dunia UNESCO di Jawa Tengah ialah AS$25 (RM109.87) dan AS$5 (RM21.97) masing-masing untuk pelancong asing dan tempatan.

Pelbagai reaksi diterima daripada orang ramai, sebilangan besar mengalu-alukan langkah berkenaan, memandangkan ia dapat menjana dana tambahan untuk kerja-kerja menyelenggara.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.