Jambatan ikonik Tasik Kenyir buka Mei depan

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 26 February 2021
Read News

TERENGGANU:

Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dibangunkan dengan kos RM107 juta beroperasi pada Mei depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, mercu tanda baharu sepanjang 133 meter di Pulau Poh itu bukan sahaja dapat memberi nilai tambah kepada produk-produk pelancongan sedia ada di Tasik Kenyir, bahkan meningkatkan jumlah pengunjung ke destinasi tumpuan ramai tersebut. 

Katanya, jambatan ikonik yang kini hampir 100 peratus siap itu merupakan sebahagian daripada skop projek pembangunan pusat bebas cukai Tasik Kenyir. 

“Reka bentuk jambatan yang unik dengan bermotifkan kepala bangau mampu menarik pengunjung ke Tasik Kenyir

“Selain jambatan, terdapat beberapa kemudahan lain yang turut dibina antaranya terminal utama jeti penumpang dan kargo di samping 150 bilik hotel bertaraf tiga bintang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang selepas menyampaikan insentif Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (Berkat) 2021 bernilai RM78,000 kepada penggiat pelancongan di Tasik Kenyir.

Yang hadir sama Pengarah Pelancongan negeri, Mohd. Huzairil Nizam Ibrahim.

Seramai 230 pemandu bot dan pengusaha rumah bot di samping 33 malim gunung mendapat bantuan berjumlah RM300 seorang.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.