Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Bercadang Mewujudkan Geopark Kebangsaan

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 2 June 2020
Read News

PERAK:

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang mewujudkan Geopark Kebangsaan seluas 1,762.71 kilometer persegi di sini dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kerana ia mempunyai pelbagai tarikan semula jadi. 

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata jika direalisasikan, pembangunan Geopark Lenggong akan menjadi yang kedua di Perak selepas yang pertama iaitu Geopark Lembah Kinta dekat Ipoh pada 2018. 

Shamsul Anuar berkata pihaknya akan mendapatkan kerjasama kerajaan negeri bagi tujuan itu kerana Lenggong juga merupakan tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

"Pembangunan di sini berbeza dengan geopark yang lain kerana kita akan gabungkan pembangunan dan penjenamaan secara mampan supaya ia mendapat pengiktirafan di peringkat global.

"Apa yang menarik Lenggong mempunyai elemen dan ciri-ciri yang tersendiri seperti gua, tasik dan rekreasi," katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja dan taklimat cadangan pembangunan Geopark Lenggong di Pejabat Daerah dan Tanah.

Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata pembangunan kawasan itu nanti akan dapat menarik kehadiran ramai pelancong sebagaimana di Sarawak dan Pulau Langkawi.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.