Korea Selatan lanjutkan sekatan perjalanan ke luar negara sehingga 15 Februari

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 16 January 2021
Read News

SEOUL:

 Korea Selatan pada Jumaat melanjutkan sekatan perjalananan ke luar negara selama sebulan lagi kerana penularan COVID-19 yang berterusan, kata Kementerian Luar.

Langkah yang berkuat kuasa sehingga 15 Februari itu meminta warganya membatalkan atau menangguhkan rancangan perjalanan ke luar negara. Sekatan perjalanan yang dikuat kuasa sebelum ini akan berakhir pada Sabtu.

Kementerian berkata tindakan itu dilanjutkan kerana banyak negara di seluruh dunia menyambung sekatan kemasukan dari luar negara dan banyak penerbangan antarabangsa masih digantung.

Rakyat juga disaran mematuhi garis panduan kebersihan, menghindari perhimpunan besar dan aktiviti luar, dan meminimumkan kontak dengan orang lain.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.