LADA Merangka Pelan Tindakan Pemulihan Ekonomi Langkawi

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 2 June 2020
Read News

LANGKAWI:

 Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah merangka Pelan Tindakan Pemulihan Ekonomi Langkawi (PTPEL) untuk jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang bagi memulihkan ekonomi pulau ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LADA Dr Hezri Adnan berkata PTPEL menggariskan tiga teras utama iaitu kepelbagaian ekonomi, pelancongan yang selamat dan budaya setempat serta kelestarian yang akan didukung oleh 10 strategi pelaksanaan.

"Antara 10 strategi tersebut adalah sokongan kepada kawalan penularan COVID-19, meringankan kesan kepada populasi berisiko, membuka peluang ekonomi baharu dan menjenamakan semula Langkawi sebagai destinasi yang selamat, bersih dan lestari.

“Selain itu LADA akan mempromosikan pelancongan Langkawi secara berfokus dan melaksanakan langkah-langkah fiskal untuk mengurangkan kesan kepada sektor swasta,” katanya pada sidang media di Kompleks LADA. 

Mengulas lanjut, Hezri berkata perancangan dan pelaksanaan PTPEL akan turut diperhalusi melalui sesi rundingan yang akan diadakan bersama pihak penggiat industri pelancongan Langkawi dan wakil masyarakat setempat.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.