Lapangan terbang Myanmar lanjut sekatan perkhidmatan penerbangan antarabangsa

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 1 August 2020
Read News

YANGON:

Pihak berkuasa Myanmar mengumumkan pada Rabu sekatan operasi perkhidmatan udara antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon dilanjutkan lagi sehingga 31 Ogos, menurut notis Yangon Aerodrome Company Limited (YACL).

Lanjutan itu sebagai langkah berterusan untuk memerangi penularan COVID-19 dengan lebih berkesan.

Perkhidmatan domestik tetap beroperasi seperti biasa, menurut notis itu.

Sementara itu, kerajaan terus berusaha untuk membawa pulang warganegara yang terkandas di negara asing disebabkan sekatan penerbangan komersial antarabangsa disebabkan wabak COVID-19. 

Berdasarkan kenyataan Kementerian Luar, sehingga Selasa seramai 9,105 warga Myanmar sudah dibawa pulang. 

Menurut kementerian itu lagi pihaknya sedang mengatur penerbangan bantuan dan khas untuk warganegara ke luar negara bagi urusan penting. 

Sehingga Rabu pagi, Myanmar melaporkan 351 kes COVID-19 disahkan dengan enam kematian, memetik data terkini Kementerian Kesihatan dan Sukan.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.