LITBTF diaktifkan, ejen pelancongan turut main peranan besar

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 19 November 2021
Read News

LANGKAWI:

Sebuah jawatankuasa khas yang dikenali sebagai Langkawi International Travel Bubble Task Force (LITBTF) akan diaktifkan hari ini sempena pembukaan Pulau Langkawi sebagai destinasi bagi projek gelembung pelancongan antarabangsa.

Pengerusinya, Saiful Anwar Azmi menyatakan fungsi jawatankuasa khas itu adalah bagi memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) gelembung pelancongan antarabangsa dipatuhi selain memudahkan urusan pelancong yang memasuki Pulau Langkawi.

Beliau memaklumkan jawatankuasa berkenaan akan disertai 25 agensi dari peringkat negeri dan persekutuan yang mana akan memainkan peranan sama seperti LTBTF yang ditubuhkan September lalu.

Tambahnya, pihaknya turut mengharapkan ejen-ejen pelancongan dapat memainkan peranan besar khususnya sebagai 'penunjuk-arah' kepada pelancong antarabangsa dalam menjayakan projek kali ini.

"Jawatankuasa Langkawi International Travel Bubble Task Force ini akan memberi penerangan (kepada pelancong terutama) di lapangan terbang, peranan ini akan dibantu oleh ejen pelancongan.

"Ejen pelancongan sangat penting, mereka akan membawa dan mengiring pelancong-pelancong ini, akan sambut sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, selain memainkan peranan penting untuk menerangkan sejauh mana SOP perlu dipatuhi,

"Tanpa kerjasama ejen pelancongan, saya rasa sukarlah untuk kita pastikan SOP gelembung pelancongan ini dipatuhi pelancong antarabangsa," katanya.

 


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.