Malaysia Airlines bakal terbang ke Doha

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 6 days ago on 10 May 2022
Read News

KUALA LUMPUR:

Malaysia Airlines Bhd mengembangkan lagi laluan perjalanan antarabangsanya dengan penerbangan terus ke Doha dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail, berkata Doha adalah destinasi yang sudah lama ingin diterokai oleh syarikat penerbangan itu.

Beliau berkata, Doha akan menjadi destinasi ketiga Malaysia Airlines ke Asia Barat selepas Jeddah dan Madinah.

Katanya, perkhidmatan baharu bermula pada 25 Mei itu akan menyediakan sambungan penumpang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (DOH), sekali gus membolehkan sambungan optimum ke Amerika Syarikat (AS), Eropah, Afrika dan Asia Barat melalui perkongsian kod dengan Qatar Airways.

"Laluan baharu Malaysia Airlines ke Doha adalah peluang terbaik untuk mengembangkan rangkaian dan penawaran kami disamping menghubungkan pasaran ASEAN dengan rantau lain.

"Ia juga menandakan satu lagi kejayaan dalam pelan pengembangan rangkaian kumpulan untuk menjadi syarikat penerbangan terkemuka di Asia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Izham berkata, laluan baharu ke Doha itu juga akan meningkatkan lagi pertumbuhan aliran trafik melalui KLIA, membuka Malaysia secara lebih luas kepada pelancong dari destinasi antarabangsa yang lain.

Beliau berkata, sebagai peserta sektor riadah dan pelancongan, Malaysia Airlines menyasarkan untuk memainkan peranan penting dalam membawa masuk pelancong antarabangsa bagi terus memacu pemulihan pelancongan negara.

Malaysia Airlines akan mengendalikan penerbangan terus harian antara KLIA dan DOH melalui MH160 yang menggunakan pesawat A330-300.

Pesawat itu mempunyai 290 tempat duduk, terdiri daripada 27 tempat duduk kelas perniagaan, 16 ekonomi dengan ruang kaki tambahan dan 247 tempat duduk dalam kelas ekonomi.

    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.