Malaysia Rangkul Anugerah Emas PATA 2020

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 28 September 2020
Read News

KUALA LUMPUR :

Malaysia meraih Anugerah Emas Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) 2020 bagi kategori Pelancongan Untuk Semua menerusi inisiatif pelancongan maya untuk warga emas yang dipelopori oleh Taylor’s University.

Kemenangan Taylor’s University sebagai satu-satunya pemenang Anugerah Emas PATA dari Malaysia pada tahun ini, bakal melonjakkan lagi penjenamaan dan pemasaran negara sebagai destinasi pelancongan utama.

Penganugerahan itu diumumkan sewaktu penyampaian Anugerah Emas PATA secara dalam talian pada 24 September lalu yang merupakan sebahagian daripada penganjuran Virtual PATA Travel Mart 2020. Pada tahun ini, PATA mengiktiraf pencapaian 23 organisasi dan individu di Asia Pasifik.

 “Bagi pihak PATA Malaysia Chapter, saya ingin memanjangkan ucapan tahniah kepada semua pemenang Anugerah Emas PATA 2020 selain merakamkan penghargaan kepada semua peserta terlibat. Pencapaian pemenang tahun ini diharap dapat mencambahkan inspirasi sekali gus menggalakkan industri kita untuk menggerakkan inisiatif lestari dan lebih bertanggungjawab sejajar dengan langkah pemulihan pandemik COVID-19,kata ketua pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof selaku Pengerusi PATA Malaysia Chapter 

“Tahun ini juga merupakan kali pertama PATA mengumumkan pemenang secara langsung dalam talian dan kami berbesar hati untuk meraikan kemenangan wakil Malaysia bagi Anugerah Emas PATA 2020 iaitu Taylor’s University,” tambah beliau.

Anugerah Emas PATA merupakan satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan, inovasi dan standard pelancongan terbaik dalam industri kembara dan pelancongan sejak ia dimulakan pada tahun 1984. Pada tahun ini, sebanyak 121 penyertaan dari 62 buah organisasi dan individu diterima dari seluruh dunia.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.