MOTAC akan gantung atau batal lesen agensi pelancongan yang menipu pakej

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 1 year ago on 23 June 2022
Read News

KUALA LUMPUR:

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberi amaran akan menggantung atau membatalkan lesen agensi pelancongan haji dan umrah yang didapati menawarkan pakej berunsurkan penipuan.

MOTAC dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai isu berkaitan badal haji yang ditawarkan oleh pengusaha pelancongan yang dilihat begitu aktif, terutama dalam media sosial, sejak akhir-akhir ini.

"Kementerian amat memandang serius terhadap tawaran pakej yang agak meragukan memandangkan harga pakej yang jauh lebih rendah daripada caj pakej dan permit haji yang dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi.

"Justeru, MOTAC akan terus memantau perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) yang mana Seksyen 8(d) Akta 482 menyebut syarikat pengusaha pelancongan tidak boleh menjalankan perniagaan yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara dan boleh dikenakan penggantungan atau pembatalan lesen," menurut kenyataan MOTAC, di sini, hari ini.


Sehubungan itu, MOTAC menasihatkan orang awam supaya membuat pengesahan terlebih dahulu terhadap apa-apa pakej yang ditawarkan oleh pengusaha pelancongan demi memastikan hak pembeli terpelihara dan hanya mempertimbangkan syarikat berlesen dari kementerian ini.

"Senarai syarikat pelancongan yang berlesen dengan MOTAC boleh dirujuk di laman sesawang www.motac.gov.my/semakan/umrah," katanya.

 


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.