MyCEB raih acara perniagaan di sebalik cabaran sukar pada 2020

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 20 October 2020
Read News

KUALA LUMPUR :

Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) mendapat 46 tawaran baharu untuk industri acara perniagaan di negara ini pada suku ketiga 2020 walaupun menghadapi perubahan yang ketara berikutan COVID-19 dalam tempoh beberapa bulan lepas dalam landskap acara perniagaan global.

Katanya daripada 46 bidaan, 21 adalah konvensyen dan pameran, pertemuan dan insentif (19) serta pameran perdagangan (enam).

Katanya bagi pameran, MyCEB mendapat tawaran daripada Asian Consumable Appliances and Smart Electronics Trade Expo (ACASE) 2020, Pameran Pengangkutan dan Logistik Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 (KiLAT 2020) dan Asia Fence Expo 2020.

“Mengenai masa depan, MyCEB turut meraih konvensyen hingga tahun 2022, iaitu 19th Asian Battery Conference and Exhibition (19ABC), 16th World Federation of Chiropractic Biennial Congress dan Asian Mayor’s Summit on Active Living 2022. 

“Ini membuktikan MyCEB berjaya untuk terus mengadakan acara perniagaan antarabangsa bagi Malaysia walaupun sektor pelancongan Malaysia terjejas teruk berikutan pandemik,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Rehabilitasi Malaysia (MARP) Prof Dr Nazirah Hasnan berkata dengan perkhidmatan profesional dan pakar daripada MyCEB serta rakan industri mereka yang berpengalaman, Malaysia menunjukkan sokongan tempatan yang kukuh untuk perwakilan antarabangsa.

Beliau berkata Asia-Oceanian Society of Physical and Rehabilitation Medicine (AOCRM) adalah antara persidangan yang terkenal dalam bidang rehabilitasi perubatan dan menghimpunkan purata 1,000 peserta dari seluruh dunia.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada anda dan pasukan anda untuk tugas yang dilaksanakan dengan baik. Pasukan anda telah menyokong kami dalam bidaan tersebut dan kami telah mendapat peluang untuk menjadi tuan rumah bagi AOCRM 2024,” katanya.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.