Pemain industri harap festival muzik antarabangsa mampu tarik pelancong ke Sarawak

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 1 year ago on 15 June 2022
Read News

SARAWAK:

Pemain industri di Sarawak optimis sektor pelancongan berada dalam landasan untuk pulih semula, memandangkan bilangan pelancong terus meningkat ketika negara beralih ke fasa endemik Covid-19 selain sambutan hebat terhadap salah satu penganjuran acara festival muzik terbesar Malaysia selepas dua tahun tidak diadakan akibat pandemik.

Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) Sarawak John Teo berkata pengusaha sektor pelancongan dan perhotelan menyaksikan peningkatan jumlah pengunjung domestik menjelang Rainforest World Music Festival yang akan diadakan di Kuching.

Beliau berkata pembukaan semula sempadan antarabangsa membolehkan industri hotel untuk kembali pulih.

“Kadar purata penghunian hotel kini meningkat sebanyak 35% hingga 40%, berbanding 10% hingga 15% yang kita lihat sepanjang pandemik,” katanya.

“Selain rakyat Sarawak sendiri, kami juga melihat (kenaikan) pengunjung dari Malaysia Barat dan Singapura.”


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.