Pengusaha Hotel Tertekan Dengan Arahan Baru Kementerian

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 9 June 2021
Read News

KUALA LUMPUR :

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (FMCO), pihak Kerajaan, wajib untuk faham dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan dalam memastikan kelancaran Operasi Industri Perhotelan dan Penginapan yang merupakan suatu Industri Perkhidmatan Perlu ketika Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pengumuman saat akhir dalam penukaran Kementerian yang mengawal selia dalam memberi kebenaran beroperasi juga telah memberi suatu impak dan respon yang negatif serta telah mengganggu kelancaran operasi Industri Perhotelan serta memberi tekanan kepada Pengusaha- Pengusaha Industri Perhotelan.

"Mesej daripada pihak berkuasa mestilah disampaikan dengan berkesan memandangkan pihak kami telah mendapat maklumbalas yang sangat tidak memuaskan daripada Pengusaha- Pengusaha Industri Perhotelan yang telah menghadapi kesukaran apabila diminta untuk menutup operasi oleh pihak pihak penguatkuasaan yang kurang berpengetahuan terhadap maksud maksud didalam Prosedur Operasi Standard (SOP) serta tidak menghormati Surat Kebenaran Operasi yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) mahupun Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MoTAC)",kata Sri Ganesh, Timbalan Presiden MYBHA.

Suatu usaha perlu dilaksanakan oleh pihak Kerajaan, dan semua Agensi Penguatkuasaan termasuk Polis DiRaja Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memastikan kelancaran Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh .

Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia(MYBHA) meminta supaya semua Pengusaha- Pengusaha Hotel yang mempunyai masalah berbangkit dengan mana-mana Agensi Penguatkuasaan untuk tidak mengambil mudah dan dengan segera membuat aduan rasmi kepada pucuk pimpinan agensi-agensi berkaitan disamping mengikut Peraturan-peraturan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dalam menjalankan operasi Perhotelan dan Penginapan bagi membendung penularan wabak Covid-19 tersebut.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.