Penyelenggaraan Kedua Tahunan Kereta Api Funikular Bukit Bendera Dijadualkan Semula

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 25 May 2020
Read News

PULAU PINANG:

Penyelenggaraan kedua tahunan kereta api funikular Bukit Bendera dijadualkan semula pada 1 hingga 5 Jun ini susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Perbadanan Pulau Pinang (PHC) dalam satu kenyataan, penyelenggaraan itu sepatutnya dijadualkan pada 18 hingga 24 Jun ini dan keputusan mengawalkan tarikh itu dibuat selepas pertimbangan yang teliti dan berhati-hati.

“Kerja-kerja penyelenggaraan kedua tahunan itu akan selesai dalam masa lima hari, iaitu sebaik sahaja  sebelum PKPB ditamatkan oleh pihak berkuasa. Ini bagi mengelak perkhidmatan funikular ditutup kembali selepas ia dibuka semula kepada semua pengunjung,” menurut PHC.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.