Perairan Sampadi-Tanjung Datu bakal jadi tarikan pelancongan baharu Sarawak

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 27 October 2020
Read News

SARAWAK:

 Perairan Sampadi-Tanjung Datu di sini mampu menjadi kawasan tarikan pelancong menerusi peletakan 1,100 unit tukun tiruan yang dapat melindungi dan memelihara hidupan laut di kawasan berkenaan, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya ia merupakan antara pelbagai inisiatif kerajaan Sarawak dalam usaha mengangkat kawasan yang terletak kira-kira 107 km dari bandar raya Kuching itu, untuk menjadi satu lagi pusat tarikan pelancongan negeri.

“Salah satu manfaatnya (peletakan tukun) ialah sektor eko-pelancongan yang boleh dibangunkan sekitar kawasan ini, seperti ‘sport fishing’ dan aktiviti selaman skuba,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kerja-kerja melabuh tukun ‘reef ball’ di Kem Putra Sentosa, Sematan di sini.

Menurutnya kerajaan negeri memperuntukkan RM70 juta kepada Perbadanan Perhutanan (SFC) bagi kerja-kerja melabuhkan 16,800 tukun tiruan jenis ‘reef ball’ untuk tempoh di antara 2018 dan 2021, yang melibatkan kawasan sepanjang 1,000km di perairan negeri.

Katanya sehingga kini, SFC telah berjaya melabuhkan lebih 5,000 unit tukun tiruan terbabit di perairan di antara Tanjung Datu di selatan Sarawak sehinggalah ke Lawas, daerah paling utara negeri ini.

Abang Johari berkata hasil tangkapan nelayan tradisional juga dilihat bertambah ketika ini disebabkan hidupan marin dapat membiak serta membesar sehingga ke saiz maksima di kawasan yang terlindung dengan adanya tukun tiruan itu.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.