Peraturan baharu bebankan pemain industri bebas cukai

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 26 March 2021
Read News

KUALA LUMPUR :

Pengembara dan pelancong yang membeli rokok bebas cukai di lapangan terbang kini perlu menyatakan dan membayar cukai ke atas rokok bebas cukai mereka peroleh sebelum memasuki Malaysia.

Peraturan baharu ini bakal menambahkan beban ke atas peruncit bebas cukai yang kini telah merana akibat daripada pandemik Covid-19, kata salah satu daripada peruncit bebas cukai terbesar di Malaysia.

The ZON Duty Free, ahli Kumpulan Syarikat Atlan Holdings Bhd telah menganggarkan bahawa kedai-kedai di bawah naungannya akan menderita akibat kerugian yang terpaksa ditanggung susulan daipada peraturan baharu itu.

Masalah itu tidak sewajarnya berlaku apabila pengendali bebas cukai seperti The ZON kini menghadapi aliran trafik pelanggan yang rendah akibat daripada penutupan sempadan dan sekatan penerbangan lebih satu tahun.

Pengarah The ZON Duty Free, Ong Bok Siong dalam satu kenyataan berkata, rokok bebas cukai ialah salah satu item paling popular antara pengembara dan pelancong.

"Kita mempunyai ramai pelanggan yang datang ke kedai cawangan kami untuk membeli rokok tetapi akhirnya membeli barangan lain juga. Dengan menjadikan rokok bebas cukai tidak bebas cukai, kami menjangkakan akan kerugian lebih daripada jualan rokok sahaja.

“Selain daripada itu, kami juga menjangkakan berlaku kekeliruan apabila pelanggan yang mengharapkan harga barangan bebas cukai dan kemudiannya sedar bahawa mereka perlu menyatakannya dan membayar cukai apabila mereka meninggalkan lapangan terbang dan memasuki Malaysia. Adakah ini pengalaman yang kita inginkan untuk pelancong luar kita terima?” katanya pada Khamis.

Beliau berkata, secara jelasnya, kerajaan tidak membantu sektor industri pelancongan dan peruncitan dengan meletakkan polisi ini untuk dilaksanakan.

"Kami menjangkakan bahawa peruncit bebas cukai akan mengurangkan pekerja, jika tidak ditutup sepenuhnya, sebelum Covid-19 berakhir.

“Kami ingin menyeru kerajaan Malaysia untuk melihat semula dalam mengenakan cukai ke atas rokok bebas cukai di lapangan terbang. Sebaliknya, kami mengharapkan bahawa Kerajaan akan memberikan bantuan kepada sektor pelancongan dan peruncitan untuk mereka pulih dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia,” katanya.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.