Perbelanjaan pelancongan domestik 2021 turun 54.5 peratus

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 1 year ago on 1 July 2022
Read News

KUALA LUMPUR:

Perbelanjaan pelancongan domestik pada tahun 2021 menurun 54.5 peratus, merekodkan RM18.4 bilion berbanding RM40.4 bilion pada tahun 2020.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi Survei Pelancongan Dalam Negeri (DTS) berkata, ia merupakan angka terendah sejak survei itu dijalankan bermula 2008.

Laporan itu memperincikan statistik ketibaan pelawat, perbelanjaan pelancongan, corak perjalanan dan profil sosial serta demografi pelawat domestik.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, sekatan sempadan, peraturan prosedur operasi standard (SOP) dan sekatan pergerakan (lockdown) yang berterusan kesan daripada kemunculan varian baharu COVID-19 seperti Omicron dan Delta terus memberi impak kepada pelancongan domestik pada 2021.

Selain itu, bencana banjir yang berlaku pada akhir tahun 2021 di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia juga menyebabkan perjalanan domestik menjadi lebih teruk.

"Jumlah ketibaan pelawat domestik mencatatkan 66.0 juta pelawat berbanding 131.7 juta pelawat tahun sebelumnya, menurun 49.9 peratus.

"Jika dibandingkan dengan 2019 (sebelum pandemik COVID-19), jumlah ketibaan domestik menurun sebanyak -72.4 peratus.

"Begitu juga, perbelanjaan turun 82.2 peratus berbanding 2019," ujar beliau dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut mengenai prestasi pelancongan domestik Malaysia tahun lalu, Mohd Uzir berkata, prestasi rendah tersebut disebabkan oleh perbelanjaan pelawat pelancong domestik yang jatuh -68.0 peratus, manakala pelawat harian turun -36.3 peratus.

Ini selari dengan pertumbuhan negatif dalam jumlah pelancong domestik dan pelawat harian yang masing-masing mencatatkan -67.8 peratus, dan -40.2 peratus.

Dalam tempoh ini, bilangan perjalanan domestik turun -50.7 peratus untuk merekodkan 72.4juta perjalanan berbanding 147.0 juta perjalanan pada 2020.

Perjalanan bermalam turun -67.8 peratus bersamaan 15.5 juta perjalanan, manakala perjalanan harian menurun -42.4peratus (56.9 juta perjalanan).

Dari segi perbelanjaan, dapat dilihat bahawa terdapat perubahan struktur di manaperatusan pelancong harian melepasi perbelanjaan pelancong bermalam dengan merekodkan 59.8 peratus (2020: 42.7 peratus).


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.