Pesawat Turkish Airlines Bertemakan Kelestarian Kini Terbang di Udara

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 1 week ago on 9 May 2022
Read News

TURKI:

Turkish Airlines yang melakukan penerbangan ke lebih banyak negara berbanding mana-mana syarikat penerbangan lain, telah memperkenalkan elemen reka bentuk khas yang dihiasi dengan daun pada pesawat jenis Airbus 321 dengan ekor bernombor TC-JSU yang digunakan untuk operasi bahan api pencinta alam sekitarnya.

Syarikat penerbangan global ini melakukan penerbangan pertama menggunakan pesawat bertema baharunya tersebut dengan penerbangan TK1795 ke Stockholm.

Selaras dengan usaha untuk membawa kepada penggunaan bahan api mesra alam secara meluas, penerbangan tersebut menggunakan biobahan api semasa operasinya dan turut melaksanakan prinsip sifar sisa.

Selain menyediakan maklumat tentang tindakan kelestarian mengikut konsep Green Class (Kelas Hijau) bagi penerbangan pertama ini, syarikat penerbangan rasmi negara tersebut turut mengambil tindakan baharu yang peka alam sekitar.

Di samping penggunaan tisu kraf, cawan kertas, peranggu garam dan lada yang diperbuat daripada kayu dalam penerbangan tersebut, semua penumpang turut dihidangkan minuman sihat teh hijau secara percuma.

Langkah-langkah khas lain yang dilaksanakan termasuklah sarung bantal dan selimut mesra alam yang dihasilkan dengan 100 peratus benang kitar semula bersijil untuk menjimatkan air dan mainan kayu yang diperakui FSC yang dihadiahkan kepada penumpang kanak-kanak.


Mengulas tentang pesawat mesra alam tersebut, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah merangkap Jawatankuasa Eksekutif Turkish Airlines, Prof. Dr. Ahmet Bolat menyatakan: "Sebagai syarikat penerbangan rasmi negara Turki, pesawat reka bentuk baharu kami ini kini terbang di udara bagi menekankan kepentingan kelestarian kepada kita semua. Dengan pernyataan biobahan api pada pesawat kami, kami ingin menegaskan kepentingan penggunaan bahan api penerbangan yang lestari kerana ia merupakan salah satu halangan terbesar dalam perjuangan industri penerbangan menentang pelepasan karbon. Oleh itu, kami menyokong usaha pembuatan biobahan api dan berhasrat untuk menambah penerbangan kami yang menggunakan biobahan api semasa operasinya."

Syarikat penerbangan global ini akan meneruskan usahanya untuk mengurangkan pelepasan karbon syarikatnya dengan pesawat generasi baharu yang ditambah kepada kumpulan pesawatnya yang sedia berusia muda dengan purata usia 8.5 tahun sambil merancang untuk menambah bandar-bandar baharu termasuk Stockholm, Oslo, Gothenburg, Copenhagen, Paris dan London kepada destinasi penerbangannya yang beroperasi menggunakan biobahan api.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.