Pesta Utama Keaamatan Akan Dilangsungkan Secara Dalam Talian Tahun Ini

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 25 May 2020
Read News

SABAH:

Dua pertandingan utama Pesta Kaamatan, Unduk Ngadau (Ratu Cantik) dan Sugandoi (nyanyian), akan dilangsungkan secara dalam talian pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Kaamatan Peringkat Negeri 2020 Datuk Peter Anthony berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa tersebut hari ini, selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Pemilihan untuk kedua-dua pertandingan ini akan dilaksanakan menerusi laman sosial Facebook bermula hari ini hingga 29 Mei.

"Untuk pertandingan Sugandoi, para peserta boleh membuat kiriman video di Facebook Sugandoi Artist Management manakala bagi Unduk Ngadau para peserta boleh membuat kiriman video di Facebook Unduk Ngadau 2020,” katanya.

Katanya Sugandoi akan diadili sepenuhnya secara dalam talian dan pemenang akan diumumkan pada 30 Mei ini, sementara Unduk Ngadau diadili melalui undian dalam Facebook bagi mencari tujuh peserta terbaik yang akan bertanding di Pusat Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) pada 31 Mei.

“Tujuh peserta akhir Unduk Ngadau berkenaan akan diadili oleh juri profesional dan ia akan disiarkan secara langsung melalui Facebook. Orang ramai tidak dibenarkan datang ke KDCA,” katanya.

Beliau berkata hadiah adalah sama seperti tahun lepas untuk Ratu Unduk Ngadau dan  pertandingan Sugandoi.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.