Promosikan Taman Negara Niah sebagai tarikan pelancongan

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 25 December 2021
Read News

MIRI:

Penganjuran pertandingan World Heritage Site (WHS) Daerah Subis mengambil satu inisiatif yang baik dalam mempromosikan Taman Negara Niah yang sememangnya popular di Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni dengan promosi yang lebih meluas dan berkesan boleh membawa nama Gua Niah dan Subis terkenal di seluruh dunia sebagai kawasan tarikan pelancongan.

“Kita sememangnya berusaha untuk menguar-uarkan dan mempromosikan kawasan-kawasan berkaitan pelancongan.

“Misalnya, Gua Niah ini merupakan ikonik ataupun lambang yang signifikan berhubung kait dengan pelancongan yang akan dapat mengangkat nama Majlis Daerah Subis ke mata dunia.

“Sekiranya kita berjaya mengangkat status Gua Niah ini sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, secara automatiknya kita terletak di dalam peta dunia dan akan menjadi satu carian penting kepada pelancong-pelancong dan juga kepada penggemar-penggemar tapak dunia,” katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Penyampaian Hadiah Program World Heritage Site (WHS) Daerah Subis di Hotel Pullman Miri.

Program World Heritage Site ini merupakan merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk menjadikan Taman Negara Niah tersenarai ke dalam Program Publisiti Senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Sementara itu, wakil Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Forestry Corporation (SFC) Suhaili Mokhtar dalam ucapan aluannya menjelaskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bercadang mahu menjadikan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO selepas Gua Mulu.

Ini selepas lawatannya ke Gua Niah pada penghujung tahun 2018 lepas.

“Taman Negara Gua Niah ini telahpun kita pelajari di dalam buku sejarah.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.