Saranan tangguh pembukaan sempadan negara mampu rancakkan perbelanjaan domestik

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 2 September 2020
Read News

KUALA LUMPUR :

Saranan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri untuk menangguhkan pembukaan sempadan negara bagi aktiviti pelancongan sehingga pertengahan tahun depan dilihat mampu merancakkan ekonomi negara melalui perbelanjaan domestik.

Presiden Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) Datuk Mohd Khalid Harun berkata langkah itu juga dilihat perlu bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

“Bagaimanapun, bagi merancakkan lagi pelancongan domestik, kerajaan dan agensi pelancongan kerajaan negeri sewajarnya memberikan insentif khusus kepada semua penggiat industri pelancongan dan tidak hanya kepada pemandu pelancong atau pemandu pengangkutan pelancongan sahaja.

"Galakan sepatutnya diberikan juga kepada syarikat agensi pelancongan, hotel dan sebagainya yang terjejas teruk sepanjang (pelaksanaan) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” menurutnya dalam kenyataan.

Beliau berkata pada masa sama, MATA menggalakkan ahlinya yang sebelum ini hanya menawarkan pakej ke luar negara untuk beralih kepada mempromosi pakej dalam negara. 

Ia termasuk mengadakan pengenalan pembangunan produk domestik melalui  'familiarisation trip' ke lokasi pelancongan terbaharu dalam negara.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.