Spa,Pusat Refleksologi di Sarawak Dibenar Beroperasi

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 7 July 2020
Read News

SARAWAK:

Semua spa, pusat refleksologi dan urut kaki di Sarawak dibenarkan beroperasi kembali bermula, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah menetapkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang diperlu dipatuhi oleh semua pusat berkenaan.

“Selain itu, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan kebudayaan Sarawak (MTAC) telah menetapkan garis panduan untuk pelancongan perubatan di negeri ini berkuat kuasa serta-merta.

“MTAC juga telah menetapkan SOP untuk penganjuran seperti mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE), pameran pelancongan dan perdagangan, bazar serta karnival kesenian dan kebudayaan berkuat kuasa serta-merta,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 .

Sementara itu, Uggah berkata semua warga Malaysia dari luar negara termasuk warga asing yang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa KL untuk ke Sarawak akan dikuarantin 14 hari di destinasi terakhir mereka tiba di Sarawak. 

“Jika keputusan mereka negatif, mereka akan dipasangkan dengan gelang tangan  dan menyambung baki kuarantin mereka di rumah dan seterusnya pada hari ke-10 ujian COVID-19 akan diambil sekali lagi.

“Bagi warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan (termasuk warga asing yang sudah berada di Malaysia), mereka akan diambil sampel secara rawak ujian COVID-19 di pintu masuk utama negeri Sarawak,” katanya.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.