STB, Tourism Malaysia bekerjasama dalam promosi pelancongan domestik, antarabangsa

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 6 April 2021
Read News

KOTA KINABALU:

 Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi melaksanakan rancangan promosi pelancongan untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata, kerjasama itu adalah bertujuan menghidupkan semula industri pelancongan di negeri itu.

Beliau berkata, kedua-dua agensi terbabit mempunyai rancangan untuk membawa pemain industri Sabah ke Pulau Pinang dan Lembah Klang untuk sesi perniagaan-ke-perniagaan.

"Ia akan dilaksanakan apabila sekatan rentas negeri ditarik. Mengenai pasaran antarabangsa, STB mengekalkan hubungan baik dengan pejabat-pejabat Tourism Malaysia dengan beberapa inisiatif yang akan di laksanakan walaupun sempadan antarabangsa yang masih ditutup," katanya.

Terdahulu, inisiatif terbabit bakal menyaksikan STB dan Tourism Malaysia bekerjasama untuk menganjurkan sesi Sabah ASEAN Webinar dengan melibatkan ejen-ejen pelancongan dari negara jiran seperti Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Vietnam, Myanmar dan Kemboja.

"Selain inisiatif ini, STB dan Tourism Malaysia dari semasa ke semasa sentiasa berbincang bagi meneruskan usaha promosi secara berkesan terutamanya ketika sempadan antarabangsa masih ditutup.

"Walaupun promosi pelancongan di Sabah pada ketika ini menyasarkan kepada orang tempatan kita, promosi luar negara tetap dijalankan bagi tujuan kesedaran destinasi0," katanya.

Jelas Joniston yang juga Pengerusi STB, pihaknya kekal optimis industri pelancongan akan pulih semula dengan adanya program pemberian vaksin yang dilakukan di seluruh dunia.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.