Indian Hotels Company (IHCL), syarikat hospitaliti terbesar di India, mengumumkan bahawa jenama ikoniknya, Taj telah diiktiraf sebagai Jenama Hotel Paling Kukuhdi Dunia Tahun 2022 oleh Brand Finance. Laporan tahunan 'Hotels 50 2022' oleh syarikat perundingan penilaian jenama terkemuka di dunia ini mengiktiraf jenama hotel yang paling berharga dan paling kukuh di seluruh dunia.
Encik Puneet Chhatwal, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Indian Hotels Company berkata, "Kami amat berbangga kerana Taj telah diiktiraf sebagai Jenama Hotel Paling Kukuh di Dunia buat kali kedua berturut-turut. Pengiktirafan ini mengesahkan Taj sebagai penanda aras kecemerlangan yang paling terkenal dalam industri ini di peringkat global."
"Dengan pelancong yang semakin tertarik terhadap jenama yang bukan sahaja melambangkan ciri-ciri kemewahan bertaraf dunia tetapi juga mengikuti amalan perniagaan yang bertanggungjawab, Taj amat bersedia untuk melakar masa depan bidang hospitaliti. Pengiktirafan ini merupakan tanda kepercayaan teguh para tetamu dan meraikan semangat waja para pekerja kami yang menghayati legasi jenama ini sambil menghidupkan semula ciri-ciri Taj."
Taj memperoleh indeks Kekuatan Jenama keseluruhan sebanyak 88.9 daripada 100, dengan penarafan AAA yang setara untuk kemesraan pelanggan, kepuasan pekerja dan reputasi korporat serta perkhidmatan pelanggannya yang bertaraf dunia.
Laporan Hotel 50 2022 ini menyorot strategi kejayaan syarikat tersebut dalam mengatasi cabaran yang dicetuskan pandemik dan kekal relevan dengan keperluan pengguna. Taj juga merupakan peneraju dalam usahanya membantu komuniti termasuk sektor penjagaan kesihatan.
- TAGS / KEYWORDS: