Teleport jemput usahawan bercita-cita tinggi untuk sertai CEP

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 22 January 2021
Read News

KUALA LUMPUR :

Cabang logistik AirAsia Bhd, Teleport  melancarkan Program Usahawan Komuniti (CEP) yang disediakan untuk usahawan Malaysia yang bercita-cita tinggi menyertai dan membangunkan perniagaan perkhidmatan penghantarannya di tujuh bandar di seluruh negara.

Bandar-bandar tersebut adalah Ipoh, Seremban, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching dan Miri.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata individu yang mengikuti program selama dua bulan itu berpotensi menjana pendapatan sehingga RM3,000 sebulan dan berpeluang mendapatkan pekerjaan sepenuh masa di Teleport Malaysia.


"Usahawan akan dilatih dan ditugaskan untuk menjual perkhidmatan penghantaran Teleport dan menguruskan operasi penghantarannya. Mereka juga akan diberi senarai peniaga berpotensi dan mendapat akses kepada pelbagai teknologi dari Teleport bagi membantu mereka,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pete Chareonwongsak berkata program itu diharapkan tidak hanya memberi perkhidmatan penghantaran yang terbaik tetatpi memberi peluang pekerjaan dan sumber pendapatan kepada komuniti.

"Syarikat kami berkembang maju dan kini pada tahun 2021 dalam persekitaran ketidaktentuan, kami melihat banyak peluang,” katanya.

Teleport berkata permohonan untuk mengikuti program telah dipermudahkan dan dapat dilakukan sebagai individu atau dua orang dalam satu pasukan.

Apa yang diperlukan ialah video berdurasi tiga minit, pemohon perlu menjelaskan bagaimana mereka pergi ke bandar dan mendaftar sebanyak peniaga dalam tempoh seminggu.

Program Usahawan Komuniti itu akan bermula pada Februari 2021, Individu yang berminat boleh membuat permohonan di teleport.asia/TheNextTony selewat-lewatnya pada 29 Januari, 2021.

Maklumat lebih lanjut boleh diperoleh melalui laman webnya di teleport.asia/community-entrepreneur-faq. 


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.