Zainuddin Abdul Wahab dilantik Ketua Pengarah Tourism Malaysia baharu

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 16 September 2021
Read News

KUALA TERENGGANU:

Pengarah Kanan Pengurusan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Datuk Zainuddin Abdul Wahab dilantik sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu berkuat kuasa Isnin lepas (13 Sept).

Tourism Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan itu dipersetujui Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, bagi menggantikan Zulkifly Md Said yang bersara wajib.

"Dengan pelantikan tersebut, beliau akan membantu usaha pemulihan industri yang terkesan dengan pandemik COVID-19 sekali gus memacu perubahan ke arah digitalisasi pelancongan bagi merealisasikan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030," menurut kenyataan itu.

Zainuddin yang sebelum ini menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), telah berkhidmat selama 37 tahun dalam perkhidmatan awam.

Beliau juga pernah menggalas jawatan Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC) sebelum dilantik sebagai Pengarah Bahagian Produksi dan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik di Tourism Malaysia


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.