Penginapan di hotel meningkat selepas pelancongan rentas negeri PKPP dibenarkan - Nancy

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 7 April 2021
Read News

KUALA LUMPUR :

Penginapan di hotel dalam negara meningkat sebanyak 24 peratus selepas hampir sebulan aktiviti pelancongan rentas negeri di antara negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan pada 10 Mac lepas.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata data Persatuan Hotel Malaysia (MAH) itu juga merekodkan trend peningkatan sebanyak 33 peratus penginapan di hotel semasa cuti sekolah minggu lepas.

Beliau berkata sebelum pelancongan rentas negeri PKPP dibenarkan, penginapan di hotel pada Januari hanya sekitar 20 peratus manakala pada Februari pula ialah 18 peratus.

Pada 9 Mac lepas, kerajaan mengumumkan kebenaran aktiviti pelancongan rentas negeri di antara negeri di bawah PKPP di bawah program Gelembung Pelancongan Bersasar namun ia tertakluk kepada SOP ketat dan perlu melalui agensi pelancongan berdaftar di bawah kementeran itu.

Sepuluh negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan (Wilayah Persekutuan) Labuan diletakkan di bawah PKPP hingga 14 April ini.

Nancy juga berkata Jabatan Warisan Negara telah mewartakan 213 resepi sebagai resepi hampir pupus dan berharap lebih ramai masyarakat dan pengusaha hotel tempatan menyajikan makanan warisan itu.

"Saya percaya kaedah mempromosi makanan warisan Malaysia ini akan menjadi sesuatu yang begitu mengujakan serta unik kerana sajian ini hanya terdapat di kawasan terpencil, begitu juga dengan sesetengah bahannya yang hanya boleh didapati di sana," katanya.

 


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.