ERL Mengatur Semula Jadual Perkhidmatan Mulai Sabtu Ini

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 22 May 2020
Read News

KUALA LUMPUR :

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan mengatur semula jadual perkhidmatan kereta api mulai Sabtu ini untuk baki tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memenuhi jumlah penumpang semasa.

ERL, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata KLIA Ekspres dan KLIA Transit kini beroperasi sebagai perkhidmatan gabungan mulai 6 pagi hingga 11.10 malam setiap hari..

“Kekerapan tren setiap 30 minit semasa waktu puncak pada hari biasa dan setiap 60 minit di luar waktu puncak, hujung minggu dan cuti umum.

“Tiada perkhidmatan tren sebelum jam 6 pagi dan selepas tren akhir berlepas pada jam 11.10 malam,” katanya.

Menurut ERL, masa perjalanan antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah 35 minit, KLIA2 (39 minit) dan di KL Sentral, semua pelepasan dan ketibaan akan melalui stesen Transit KLIA.

Sementara itu, kenyataan itu menyebut jadual perjalanan akan dikaji semula secara berkala dan disesuaikan jika perlu agar memenuhi bilangan penumpang yang semakin meningkat.

Jadual baharu akan diterbitkan sebelum dilaksanakan setelah berunding dan mendapat kelulusan pihak berkaitan, katanya.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.