Kiraan Detik Bermula 100 Hari menuju Vivid Sydney

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 1 May 2021
Read News

SYDNEY:

Kiraan Detik Bermula 100 Hari menuju Vivid Sydney yang amat dinanti-nantikan ke Harbour City, bagi mengubah Sydney menjadi jalinan yang silih berganti antara kreativiti, inovasi dan teknologi.

Dipentaskan sepanjang 23 malam, festival tahun 2021 akan menggabungkan paparan seni yang memukau dan pancaran cahaya 3D dengan barisan penghibur muzik yang bersifat eklektik, ceramah serta bengkel yang mencetuskan pemikiran daripada beberapa individu bijaksana yang paling hebat di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW Steve Cox berkata Vivid Sydney merupakan satu peluang untuk orang ramai dari Australia dan New Zealand untuk meraikan inovasi dan kreativiti di Sydney, dimulakan dengan pelancaran dua Jam Kira Detik (Countdown Clocks) yang mengagumkan untuk membuat kiraan detik setiap hari sehinggalah detik Cahaya Dipasang (Lights On) festival tersebut.

"Kami sangat teruja dengan Vivid Sydney yang kembali semula ke Sydney dari 6-28 Ogos 2021. Ia merupakan festival cahaya, muzik dan idea terbesar dan tahun ini ia bakal menjadi festival yang sangat hebat."

"Vivid Sydney meraikan inovasi dan kreativiti yang mengubah bandar ini menjadi tempat hiburan yang tidak dijangkakan pada setiap musim sejuk. Festival ini benar-benar menggalakkan kami untuk berfikir dengan cara berbeza dan membuka minda kami terhadap kemungkinan yang tidak terhingga, yang turut dirasai secara meluas."

"Sydney sememangnya merupakan salah sebuah bandar yang paling cantik di dunia, menyediakan kanvas yang hebat buat individu kreatif. Tiada tempat yang lebih baik untuk meraikan dan mengacarakan festival cahaya, muzik dan cahaya terbesar di hemisfera selatan daripada bandar yang hebat ini."

Countdown Clocks, yang pertama dalam sejarah 12 tahun acara ini, direka bentuk oleh Kurator Vivid Light Lucy Keeler dan akan ditempatkan di First Fleet Park, The Rocks dan Wulugul Walk, Barangaroo. Pengunjung Sydney boleh melihat jam yang boleh dikongsikan di Instagram ini, menangkap gambar swafoto dan berkongsi di media sosial menggunakan #vividsydney. Versi maya juga akan dipaparkan di vividsydney.com yang mengira detik hingga 6 Ogos ini.

Pengarah Festival Gill Minervini berkata program tahun ini menawarkan pelbagai alasan untuk pengunjung kembali sepanjang festival ini termasuk beberapa kemasukan program yang pertama kali diadakan.

"Tahun ini, Vivid Sydney akan membawa pengalaman baharu untuk dinikmati oleh pengunjung festival kami. Buat julung kalinya, perairan Cockle Bay di Pelabuhan Darling akan dihidupkan sebagai Laluan Bercahaya (Light Walk) terapung yang menggabungkan karya seni besar yang digelar sebagai Ephemeral daripada studio reka bentuk yang berpangkalan di Sydney Atelier Sisu.

"Muka depan Customs House, salah sebuah bangunan warisan yang paling ikonik di bandar ini, akan dihidupkan dengan VORAX – kisah 3D epik mengenai kebangkitan pencuri licik menuju kehebatan daripada Treacle Media Hong Kong. Di The Rocks pula, artis Brad Robson dan Esem Projects menyediakan gambaran menarik mengenai perjalanan menghasilkan potret dinamik Brad melalui Point of View," kata Cik Minervini.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.