Thailand buka semula pantai 'The Beach' di Pulau Phi Phi kepada pelancong

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 5 January 2022
Read News

THAILAND:

Thailand membuka semula Maya Bay, pantai pasir putih yang terkenal selepas menjadi lokasi penggambaran filem 'The Beach' lakonan Leonardo Dicaprio pada 2000, lebih tiga tahun ditutup untuk membolehkan pemulihan terumbu karang di pulau itu dan kehidupan laut akibat kesan kunjungan ribuan orang setiap hari, lapor Reuters.

Pantai di pulau Phi Phi Leh yang terletak di Laut Andaman hanya boleh diakses menggunakan bot dari pulau berdekatan Phukrt atau Phi Phi atau Krabi.

Pihak berkuasa menutup seluruh pantai Maya Bay kepada orang ramai pada 2018 bagi menghentikan pencemaran yang berpunca daripada pelancong.

Namun, beberapa pengunjung dibenarkan kembali ke pantai itu sejak awal tahun ini.

"Ikan jerung sudah kembali, terumbu karang sudah tumbuh semula dan air kembali jernih," kata gabenor Penguasa Pelancongan Thailand, Yuthasak Supasorn, kepada Reuters.

Bagi memastikan kawasan ini sentiasa dilindungi, pihak berkuasa berkata hanya sehingga 375 pelawat dibenarkan pada satu satu masa. Berenang di pantai dilarang buat masa ini.

Bot hanya akan dibenarkan berlabuh di lokasi yang ditetapkan untuk mengelak daripada merosakkan terumbu karang, kata mereka.

Sebelum pandemik koronavirus, sektor pelancongan menyumbang kepada kira-kira 12 peratus ekonomi Thailand dan merupakan pemacu utama pertumbuhan.

Thailand menarik 40 juta pelawat pada tahun 2019.

"Maya Bay adalah tempat yang sangat cantik," kata Manuele Panin, seorang pelancong berusia 40 tahun dari Itali, yang melawat pantai itu.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.