Thailand sambung semula pelancongan bebas kuarantin

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 24 January 2022
Read News

THAILAND:

 Thailand akan menyambung semula program visa tanpa kuarantin untuk pelawat yang lengkap divaksin selepas peraturan itu digantung bagi membolehkan negara itu mengekang gelombang baharu jangkitan COVID-19.

Pelancong antarabangsa boleh mula memohon visa di bawah program kemasukan Test & Go Thailand mulai 1 Februari ini, kata jurucakap kerajaan, Rachada Dhnadirek, di Twitter selepas mesyuarat Pasukan Petugas Utama COVID-19, pada Khamis lalu.

Kemasukan tanpa kuarantin akan diperluaskan kepada pemohon dari semua warganegara, dan mereka perlu menjalani dua ujian COVID-19, iaitu satu ujian ketika ketibaan dan satu lagi pada hari kelima," kata Rachada.

Keputusan untuk melonggarkan sekatan kemasukan bagi pengembara itu adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk menganggap COVID-19 sebagai endemik tahun ini dan usaha untuk memulihkan sektor pelancongan yang menjadikan sumber pendapatan berjuta-juta orang.

Thailand menyaksikan lonjakan dalam kes baharu selepas sambutan Krismas dan Tahun Baru, kes yang lebih tinggi berbanding ketika gelombang jangkitan varian Delta dan negara itu bergelut dengan tekanan sistem penjagaan kesihatan.

Negara itu yang bergantung kepada sektor pelancongan itu, beberapa kali melaksanakan eksperimen untuk memulihkan semula sektor pelancongan yang pernah menyumbang kepada kira-kira satu perlima daripada ekonominya, dengan ketibaan 40 juta pelancong asing yang menjana lebih RM251.27 bilion (AS$60 bilion) pada 2019.

Program Test & Go, yang sebelum ini membenarkan pengembara yang sudah divaksin dari lebih 60 negara tidak dikenakan kuarantin, berjaya menarik kira-kira 350,000 pelawat dalam masa dua bulan sahaja sebelum ia digantung.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.