Tidak perlu mohon Enter Sarawak dan mengisi E-Health Declaration (eHDF)untuk masuk Sarawak

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 22 March 2022
Read News

SARAWAK:

Pelancong tidak perlu lagi membuat permohonan menerusi EnterSarawak dan mengisi E-Health Declaration (eHDF) untuk memasuki Sarawak mulai 1 April ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata sebaliknya mereka hanya perlu memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengisi borang soal selidik yang berkaitan di dalam aplikasi itu.

Beliau berkata, mulai tarikh itu juga sempadan Sarawak akan dibuka semula dengan sembilan keperluan akan dikemas kini dan maklumat berkenaan akan disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Pelancong dari luar negara dibenarkan masuk tanpa perlu memohon 'My Travel Pass', bagaimanapun mereka perlu memuat turun dan mengisi borang 'Pre Departure Form' menerusi 'Traveller Icon' di aplikasi MySejahtera.

"Salinan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 untuk mereka yang datang melalui udara dan darat akan disediakan," katanya.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, pasukannya kini sedang menyediakan keperluan keselamatan di semua lapangan terbang.

"Kita berharap sebaik saja sempadan dibuka, kerumitan dan kesesakan yang biasanya berlaku di lapangan terbang dapat dikurangkan ketika itu.

"Kita juga berharap dapat menyediakan sistem yang mudah ketika membuat saringan kerana apabila pelancong tiba mereka akan diuji dan kita berusaha mengurangkan masa mereka menunggu," katanya.

Beliau berkata, JPBN Sarawak kini turut berbincang dengan Brunei dan Indonesia mengenai SOP kemasukan ke negeri ini menerusi jalan darat.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.