Tourism Selangor Lancar Video Promosi Pelancongan Kempen

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 12 January 2021
Read News

SHAH ALAM :

Tourism Selangor secara rasminya akan melancarkan video promosi pelancongan untuk Kempen Pelancongan  Domestik Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu! yang sedang giat digerakkan sebagai salah sebuah inisiatif bagi memulihkan industri pelancongan Negeri Selangor yang terkesan oleh pandemik Covid-19.

Video promosi pelancongan Kempen Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu akan dilancarkan dan boleh mula ditonton di saluran YouTube rasmi Tourism Selangor pada 12 Januari 2021 pada pukul 12.00 tengah hari di pautan
https://www.youtube.com/watch?v=CHzQdXhtBo0&feature=youtu.be.

Video berdurasi 2 minit 30 saat itu turut menampilkan Duta Kempen, Che Puan Juliana Evans dan tempat tarikan pelancongan menarik meliputi 9 buah Daerah di Negeri Selangor; Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Sepang, Hulu Langat, Gombak dan Klang.

Video tersebut turut menampilkan pengalaman Duta Kempen, Che Puan Juliana Evans di Sky Mirror, Istana Bandar Kuala Langat, Kuala Kubu Bharu Heritage Trail, serta pengalaman beliau melakukan aktiviti sukan ekstrem, White Water Rafting di Kuala Kubu Bharu.

Che Puan Juliana Evans  telah dilantik sebagai Duta untuk Kempen Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu! untuk tempoh dua tahun.

Beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Tourism Selangor kerana memberi peluang kepada beliau untuk menggalas tanggungjawab ini.

"Sebagai seorang anak jati Negeri Selangor, saya amat berbangga dilantik menjadi Duta Kempen ini. Tambahan pula, saya seorang yang gemarkan aktiviti pelancongan, dan Negeri Selangor mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang cantik" katanya  dalam sebuah kenyataan di majlis pelancaran kempen ini.

 


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.