Melaka ambil pekerja Indonesia isi sektor perhotelan, pelancongan

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 7 February 2022
Read News

MELAKA :

Kerajaan Melaka akan menjalin kerjasama dengan wilayah Pekanbaru dan Dumai, Indonesia bagi mendapatkan tenaga buruh bagi mengisi kekosongan dalam sektor perhotelan serta pelancongan kesihatan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis, berkata usaha itu dilaksana kerana kedua-dua sektor berdepan kekurangan tenaga kerja khususnya dalam kalangan anak tempatan yang kurang berminat mengisi kekosongan itu.

"Kita ada empat hospital swasta dan Melaka terkenal sebagai negeri pelancongan kesihatan, selain mempunyai banyak hotel, tetapi menghadapi sedikit masalah kerana rakyat Melaka tidak mahu bekerja pada gaji minimum.

"Jadi antara penyelesaian yang kita boleh buat ialah memberi ruang kepada pelajar Indonesia melakukan latihan industri di Melaka, mungkin dalam tempoh enam bulan dalam kedua-dua sektor," katanya selepas merasmikan Pesta Kopi Melaka 2022.

Muhammad Jailani berkata, kerjasama itu akan dibincang bersama wakil agensi dan pihak terbabit di Indonesia menerusi lawatan kerjanya ke Jakarta selama seminggu bermula semalam.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.