Permohonan Skim Peka 2.0 Dibuka Kepada Pengusaha Industri Pelancongan

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 3 years ago on 22 May 2020
Read News

PULAU PINANG:

Pengusaha industri pelancongan yang berkelayakan di Pulau Pinang boleh memohon Pinjaman Sifar Faedah Kelangsungan Perniagaan Pulau Pinang (Skim Peka 2.0) bernilai RM10 juta, bermula hari ini hingga 12 Jun.

Dalan satu kenyataan, pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin berkata pinjaman tanpa faedah itu ditawar menerusi Pakej Bantuan Pulau Pinang 2.0 kepada pengusaha industri pelancongan yang layak.

“Memandangkan negeri ini berusaha ke arah merumuskan satu perancangan pemulihan pelancongan jangka panjang, kami berharap pinjaman tanpa faedah ini boleh meringankan beban kewangan mereka yang terlibat dan memperbaiki aliran tunai sektor yang terlibat dalam pelancongan,” katanya.

Beliau berkata, borang permohonan boleh dimuat turun dari www.pdc.gov.my dan hendaklah dikemukakan di Tingkat 3, Komtar.

“Satu kaunter akan dibuka dari 27 Mei hingga 12 Jun dari pukul 10 pagi hingga 4.00 petang untuk penerimaan borang permohonan beserta lampiran dokumen,” tambah beliau.

Bagi maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi 017-581 5133/04-6505133 atau e-mel skimpeka2.0.yshoffice@gmail.com pada hari bekerja mulai 10 pagi hingga 4.00 petang.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.