Persaraam ketua pesuruhjaya angkatan pertahanan awam malaysia

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 weeks ago on 12 November 2021
Read News

MALAYSIA:

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Datuk Roslan bin Wahab yang bersara hari ini diraikan pada majlis amanat dan paluan berundur, di Ibu Pejabat Pertahanan Awam Kajang, petang tadi.

Datuk Roslan, yang berkhidmat dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selama 36 tahun menerima tabik hormat dari Anggota perbarisan dan APM pada pukul 5 petang tadi sejurus majlis amanat dan thumbprint akhir di lobi Ibu Pejabat Pertahanan Awam.

Majlis ini turut di hadiri oleh, pegawai kanan pegawai kehormat, pegawai bersekutu, peserta perbarisan dan warga APM

Datuk Roslan berasal dari Jasin, Melaka menyertai APM pada tahun 1985 dan pernah menjawat jawatan penting antaranya Pengarah Bahagian Angkatan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi.

Jawatan pemangku Ketua Pesuruhjaya ini telah diserahkan kepada YAS Pesuruhjaya Lokman Affendi Ramli KSD


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.