RWMF diadakan secara maya menerusi Shopee Live

By TIN Media | Bahasa Malaysia Published 2 years ago on 16 June 2021
Read News

KUALA LUMPUR :

Festival muzik antarabangsa, Rainforest World Music Festival (RWMF) 2021 Virtual Experience buat julung-julung kalinya akan diadakan secara percuma dan maya melalui Shopee Live pada 18 hingga 20 Jun ini, jam 6 petang.

RWMF meraikan budaya dan warisan melalui gubahan muzik indah serta setiap tahun pengunjung dari seluruh dunia berkumpul di kaki Gunung Santubong, Sarawak untuk menikmati kepelbagaian muzik dunia melalui bengkel, pameran budaya, kraftangan, makanan dan konsert.

Tahun lalu, festival tersebut dibatalkan berikutan penularan COVID-19 dan kali ini kembali secara maya.

Antara artis yang ditampilkan dalam RWMF kali ini termasuk Alena Murang, KEMADA, Sang Rawi, Mathew Ngau, At Adau, Suk Binie’, Nading Rhapsody dan Tuku‘ Kame’.

Rainforest World Music Festival 2021 Virtual Experience akan disiarkan melalui Shopee Live dari jam 6 petang, memberikan akses kepada berjuta-juta rakyat di seluruh negara untuk menikmati festival muzik tersebut dari keselesaan rumah mereka. 

Rainforest World Music Festival 2021 Virtual Experience akan disiarkan melalui Shopee Live dari jam 6 petang, memberikan akses kepada berjuta-juta rakyat di seluruh negara untuk menikmati festival muzik tersebut dari keselesaan rumah mereka. 

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak, Sharzede Salleh Askor berkata, kerjasama bersama Shopee sebagai Rakan E-dagang Rasmi membolehkan pihaknya terus mempersembahkan acara muzik itu walaupun dengan cara yang berbeza selain sesi temu ramah bersama para pemuzik, pemberian hadiah, pertunjukan persembahan dari tahun-tahun lalu juga akan diadakan.

“Walaupun kami tidak dapat mewujudkan pengalaman dan suasana persembahan secara langsung, kami berharap peminat dan rakyat Malaysia masih dapat menikmati acara yang menyeronokkan ini bersama keluarga mereka di rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Sharzede menambah, Borneo Jazz Festival (BJF) turut disiarkan menerusi platform sama pada 25 hingga 27 Jun ini, jam 6 petang dan menampilkan barisan artis termasuk Clinton Jerome Chua, O-Ha Soul Band, Nisa Addina, Ta'Dan dan Pete Kallang.


Kedai rasmi Lembaga Pelancongan Sarawak di Shopee juga turut dibuka yang menampilkan pelbagai produk dari kedua-dua festival tersebut.

“Ini termasuk baju-T Edisi Terhad RWMF dan BJF, Pelitup Muka Batik Linut Edisi Terhad, Pelitup Muka Bercorak Batik Edisi Terhad dan produk-produk istimewa lain dari Bumi Kenyalang.

“Para peminat juga dapat menikmati baucar kedai dengan potongan harga sehingga RM8, subsidi penghantaran hingga RM13 dan Pulangan Tunai Syiling Shopee terhad kepada RM5 apabila mereka membeli dari kedai ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, seiring dengan 7.7 Jualan Tengah Tahun, ia turut menjadi peluang bagi penjual dari Sarawak mempromosikan perniagaan.

“Masukkan sahaja perkataan ‘Sarawak’ di bar carian Shopee untuk menemui lebih banyak produk.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari https://shopee.com.my/m/rwmf-shopee-live.


    TAGS / KEYWORDS:

Email TIN

TIN Media

TIN.media - Travel Industry Network is Malaysia's home grown B2B Travel Industry Media with the most influential B2B online resources including news, research, events, and marketing services and more.